Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Monday, November 8, 2010

Teka teki hampir terjawab!

         SEMALAM, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr. James Jemut Masing telah mengumumkan, bahawa kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.54 Pelagus hanya untuk ahli dari kalangan ahli parti PRS.
        Walaupun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus ketika ini, Larry Sng Wei Shien menjadi ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) beliau tetap tidak akan dipilih menjadi calon pada pilihan raya akan datang untuk mempertahankan kerusi N.54 Pelagus.
        Jawapannya mudah sahaja menurut Dr. Masing, N.54 Pelagus kerusi PRS, Larry Sng pula tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti dan DUN Pelagus majoritinya kaum Iban, jadi wajarlah kaum Iban yang menjadi calon di kawasan terbabit.
        Jawapan yang agak pasti, kalau Larry Sng mahu menjadi calon di Pelagus, cuma satu sahaja jalannya iaitu menggunakan tiket bebas atau sebagai calon pembangkang. (Kalau bersandarkan kepada pendirian Dr. Masing).
        Jika sekiranya, Larry Sng masih mahu menjadi calon BN, dengan penerimaannya sebagai ahli dalam SUPP kelak (jika menjadi kenyataan), beliau hanya boleh menjadi calon di kawasan SUPP.
       Dahulu, pernah  timbul kenyataan tentang hasrat pertukaran kawasan pilihan raya. Tetapi kini, Dr. Masing dengan tegas memberitahu, beliau pernah membuka ruang untuk perundingan bagi tujuan itu.
         Tetapi, beliau mendakwa SUPP tidak berapa berminat dengan semua itu, dan akhirnya 'pintu' untuk rancangan pertukaran berkenaan tertutup pada Disember tahun lepas.
        Setakat ini, pembaca sendirilah yang harus menilai: Apakah nasib Larry Sng?.
       Cuma harapan kita, dengan penduduk di Pelagus masih mahukan Larry Sng, Negeri pula masih menuntut dan memerlukan tenaga muda serta wakil kaum Cina. Kita harap nasib Larry Sng tidaklah seperti kata-kata pepatah "Si Luncai dengan Labu-Labunya".

     

4 comments:

  1. Bagaimana kalau Larry terus dikekalkan....

    dan apa akan terjadi jika Larry tidak dicalon untuk pertahankan kerusi N.54 Pelagus pada pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi?

    ReplyDelete
  2. The Utusan Subis : Segala kemungkinan boleh berlaku? Kita telah melihat beberapa contoh sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. Apa pun yang pasti, jawapan kepada semua ini, tunggu sahaja selepas Tahun Baru Cina (ramalan sahaja.

    ReplyDelete