Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Friday, November 5, 2010

RM60 juta untuk sukat NCR

Kerajaan memperuntukan RM60 juta untuk menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk tempoh 2011 hingga 2012.
Sebelum ini, tahun ini sahaja kerajaan memperuntukan RM20 juta untuk tujuan yang sama bagi menyukat dan menyelesaikan masalah NCR di 27 kawasan di negeri ini.
 Ia berita yang begitu mengembirakan bagi kita di kawasan luar bandar. Terutamanya di Kapit, tidaklah tanah kita di ambil secara percuma atau bermasalah pada masa akan datang.
Tetapi masyarakat kita, kadang-kadang masa menyukat sudah bergaduh sesama sendiri berkenaan kawasan tanah masing-masing. Ia kadang kala menyebabkan proses penyukatan semakin rumit dan mengambil masa.
Apa yang pasti, kita harap bagi kita di Kapit, tanah temuda kita turut di sukat. kalau boleh ada surat hak milik.
Tidaklah, kita suatu hari nanti terpaksa bergadai nyawa demi mempertahankan tanah temuda kita.

2 comments:

  1. Adalah diharapkan agar insentif baru penyukatan tanah NCR dapat menyelesaikan masalah pertikaian sempadan tanah sesama pemilik atau kerajaan dan paling penting membolehkan status tanah diketahui sama ada ianya tanah NCR atau tanah kerajaan (state land).

    ReplyDelete
  2. Sememangnya itulah matlamatnya. Tetapi, masa penyukatan, kita (rakyat) kadang kala bergaduh sesama sendiri. Penyukatan pun tergendala....

    ReplyDelete