Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Saturday, November 13, 2010

Antara hakikat alam dan 'kepercayaan'.

      GEMPAR baru-baru ini, gara-gara "Sunami Balak" - bertan-tan kayu serta batang kayu balak yang hanyut di sepanjang sungai Baleh terus ke Batang Rajang dalam kejadian bulan lepas. Menjadi persoalan kepada ramai orang. Yang lebih ketara adalah ramai yang menyalahkan syarikat pembalakan di hulu Sungai Baleh, Kapit.
       Bagi kerajaan atau masyarakat umum ia adalah akibat kejadian alam. Berlaku tanah runtuh di hulu Sungai Baleh atau lebih tepat lagi di Melatai, yang membawa sekali bertan-tan tanah serta lumpur dan kayu yang kemudiannya dihanyutkan ke hilir sungai. Itu, hakikat yang dipercayai oleh kebanyakan pihak terutamanya masyarakat umum di seluruh negeri ini.
      Tetapi baru-baru ini, Iban Kapit menemui seorang penduduk Kapit. Ternyata ada cerita berbeza dari sudut pandangan masyarakat di Kapit. Kepercayaan yang sebenarnya boleh dipertikaikan, tetapi harus diingat sebagai manusia, kita perlu sekali sekala berpegang kepada kepercayaan yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita.Kepercayaan yang menjadi khazanah dalam hidup kita.
      Menurut, penduduk Kapit terbabit. Kejadian tersebut sebenarnya disebabkan oleh ular yang disebut sebagai 'Nabau' dikalangan masyarakat Iban. Nabau berkenaan menurut kepercayaan masyarakat Iban adalah roh atau 'hantu' yang memang telah diketahui umum kalangan masyarakat Iban menerusi cerita lagendanya. 
     Katanya, kejadian tersebut pernah berlaku selepas kedatangan Jepun di Ulu Baleh. Membuktikan ceritanya, beliau memberitahu, melihat kepada kayu balak atau kayu-kayu yang hanyut berkenaan. Jika difikir secara logik akal. Kayu yang dibawa oleh tanah runtuh sudah semestinya mempunyai daun, ranting atau dahan atau mempunyai kulit.
      Tetapi apa yang terjadi kebanyakan kayu yang hanyaut ketika kejadian itu, hampir semuanya tidak berkulit. Menurut kepercayaan sesetengah orang katanya, ia disebabkan oleh tindakan Nabau berkenaan yang mengelunsurkan badannya di batang kayu sehinggakan terkelopak kulit kayu serta patah dahan dan ranting semua kayu berkenaan.
      Benar atau tidak semua ini, ia cuma untuk renungan kita bersama. Rentetan daripada kepercayaan itulah kemungkinan menjadi penyebab, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh yang juga Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri James Jemut Masing mengadakan upacara "Miring" di lokasi kejadian tanah runtuh berkenaan pada pagi Rabu (18 Nov) depan.
      Apa yang pasti, manusia sering leka. Apabila alam telah memberontak, sehingga mengorbankan nyawa atau memusnahkan harta benda barulah mahu bertindak, pada masa itu "Nasi sudah menjadi bubur".

No comments:

Post a Comment