Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Friday, November 12, 2010

"Salah manusia, dikaitkan dengan Tuhan!"

        PADA 18 Nov (Khamis), upacara 'miring' akan diadakan di hulu Sungai Baleh, Kapit. Ia ekoran bencana 'sunami balak' yang melanda sungai Baleh dan Batang Rajang, baru-baru ini.
       Persoalannya, seperti yang sedia maklum. Kejadian tersebut adalah disebabkan oleh manusia. Kerakusan manusia dalam mengejar keuntungan tanpa mengira kesan tindakan mereka terhadap alam sekitar.
       Cuma yang menghairankan, diadakan upacara 'miring'. Rasionalnya, pembaca blog ini sendirilah yang fikir dan nilai. Yang penting, jangan sudah terhantuk baru terngadah! Ketika 'nasi dah menjadi bubur' baru hendak bertindak. Kesannya, seperti yang sedia maklum, ribuan tan kayu balak yang hanyut terbiar begitu sahaja mencemar sungai Batang rajang.
       Dimaklumkan di Sungai Baleh, penduduk berpesta mengumpul ikan yang mati akibat air yang terlampau keruh atau berlumpur. Sama juga kesnya dengan isu penduduk di Kapit yang terpaksa menyabung nyawa melalui Jeram pelagus ketika air sungai Batang Rajang cetek. 
       Ketika ada yang cuba menunding jari kepada musim kemarau. Penduduk di Kapit yang 'sedarah dan sedaging' dengan situasi itu tahu bahawa ia adalah kesan daripada penakungan air di Empangan Bakun.
       Bak kata bahasa melayu kampung, 'tedah' orang Kapit. Mala jak jadi mangsa. Renung-renungkanlah!

No comments:

Post a Comment