Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Friday, November 25, 2011

"Nama berita"

Lama udah enda bepeda ke blog tu. Nyau majak ke bepedaka FB ajak. Nama rita bala ke sama agi bepedaka blog baka tu kini? Arapka gerai.

Tuesday, February 22, 2011

Kini tuju 'Sitak Pelagus'

          Pengundi serta rakyat Pelagus, Kapit semua masa tok mesti benong binggung ngenang hal wakil rakyat ti dipil nyadi wakil sidak. Larry Sng, baru-baru tok, enda diterima permohonan ia masuk Barisan Nasional (BN).
          Rakyat enda tentu runding. Kuing ke kiba ... salah, kuing ke kanan ... pin salah. Sapa ti tau diangkat ke kitai enti Larry enda dipilih nyadi wakil. Nyak meh politik, selalu ia rakyat tik napik pemedih, serta nyadi 'mangsa'. Peda kawasan bukai, semua bisi dilawat Perdana Menteri enggau Timbalan Perdana Menteri. Maya datai kerajaan bisi merik 'buah tangan', tang kitai di Kapit? Mata ajak pelik-pelik.
         Masalah kitai pin susah deka sampai ngagai pemimpin, laban nadai peluang deka bersuara. Sampai bila kitai di Kapit deka bakanya? Pilihan raya deka datai, endang kenyataan, maioh kitai di Kapit enda nemu nama utai ti patut di gaga, sapa patut dititih ke?
        Bisi suara : "Tetap nyukong Larry" / Tapi .... Enti Larry enda agik dalam BN? Antik ajak meh pilihan raya, mesti maioh utai serta berita sebulu ngapa. Cuma rakyat pandai-pandai meh berpolitik.
        Ketua Menteri madah; "Ingat politik, bertujuan untuk pembangunan. Ukai untuk merosakkan pembangunan,", terima kasih.

Saturday, January 15, 2011

Kemana perginya janji?

           KETIKA balik ke rumah panjang, Iban Kapit sekali lagi terkejut serta hairan. Apa tidaknya, apabila mendengar komen dari penduduk rumah panjang serta dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai.
           Jalan dari Kaki Wong ke Pala Wong di Jeram Pelagus sepanjang kira-kira 8 kilometer dengan kos sebanyak RM8 juta yang didakwa akan dibina dan siap hujung tahun lepas.
          "Tapi habuk pun tak ada", apa sudah jadi?
Hairan? Ada sumber yang boleh dipercayai memberitahu. Setelah dikaji serta menimbang pandangan penduduk. Jalan tersebut terpaksa dibatalkan pembinaannya.
          Peruntukan yang telah diberikan akan disimpan dahulu dan akan digunakan untuk tujuan lain? Nasib, nasib.....Itulah nasib penduduk Kapit terutamanya mereka yang mendiami kawasan hulu Jeram Pelagus di Kapit.
        Pada masa ini, ramai penduduk yang terpaksa menanggung beban akibat air sungai Batang Rajang yang cetek. Gara-gara proses penakungan air di Empangan Bakun. Malah kawasan sebelah hulu kawasan Penan Bah di Belaga sehingga Pekan Belaga ada yang terputus bekalan barang keperluan harian.
        Mereka kebanyakannya terpaksa bergantung kepada jalan pengangkutan dari kem-kem Pembalakan atau menggunakan perahu panjang serta pengangkutan sendiri.
        Itulah pengorbanan yang disumbangkan oleh rakyat, ketika kita mengejar arus pembangunan. Adakah ia didengari dan mendapat perhatian kerajaan? "Tepuk dada tanya selera".

Renung-renungkan!

Saturday, December 11, 2010

Amat! ko jako, tapi nadai dipeda.

BARU-baru tok kemari, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal madah ke Jalai Sibu tauka Konawit- Kapit endang tetap digaga kerajaan.

Diatok jalai nya dalam peringkat mereka bentuk. Enti nitih ke jako nya, amat meh nyak. Tang maioh penduduk di Kapit enda puas ati serta madah ke jalai nya cuma disebut-sebut ajak tang kerja empai bisi dipeda mata.

Arap ka kitai di Kapit enda dikemula ke agik. Udah lebih 45 tahun merdeka, Kapit ajak tempat di Malaysia enda nyalah baka sempama 'Pulau dalam Pulau'.

Enggai ke rakyat ngeransik, enti ia nyadi. Rakyat baru ga pulai dipesalah ke! Laban enda nyukong kerajaan. Yang penting sama-sama meh kitai berati ke nama utai ti patut digaga kitai. Anang mega kelalu nitih ke ati, maya bepilih hak ngundi nya kena enggau manah.

Taja pin, jalai Sibu -Kapit endang bukti kerajaan bedau memenuhi harapan orang Kapit. Tang peda ari sudut positif, maioh mega pemansang bukai udah digaga kerajaan. Anang enda ingat ke pendidikan, kemudahan klinik enggau utai bukai.

Mantai ke pemedih ati, tauka minta utai tau, tang kena meh jalai ke betul awak ke ia enda makai diri serta rakyat maioh. Nyak ajak....

Friday, November 19, 2010

Tanah runtuh di Ulu Melatai, Baleh.

KEJADIAN tanah runtuh di Ulu Melatai, Baleh Kapit. Hasil tinjauan menggunakan helikopter. Terdapat kebimbangan, beberapa runtuhan akan berlaku lagi jika hujan lebat melanda kawasan runtuhan berkenaan.

Orang kita seperti "Apai Sali"?

     
      
      KETIKA 'Muja Menoa' di Ulu Melatai, Baleh Kapit. Terdengar suara-suara pedas segelintir penduduk di Kapit terutamanya golongan yang 'berdarah panas' atau golongan muda.
     Yang mereka persoalkan adalah tindakan muja menoa terbabit seolah-olah seperti kerja 'Apai Sali' dalam cerita lagenda kaum Iban. Menjelaskan pandangan berkenaan, kata mereka, apa tidaknya seperti kerja 'Apai Sali' kejadian tanah runtuh dan Tsunami Balak itu, "Pembalakan tanpa kawalan" tetapi dikaitkan pula dengan Tuhan atau semangat hutan dan air.
     Menteri Pembangunan Tanah, Dato Sri Dr. James Jemut Masing ketika upacara Muja Menoa berkenaan kelihatan mengambil jalan selamat menjawab pertanyaan pemberita.
    Walaupun tidak menafikan ia gara-gara aktiviti pembalakan, tetapi beliau tidak mahu menyebutnya secara terus terang. Sebaliknya, memberitahu "Memang terdapat aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan, tetapi faktor tanah atau bukit yang curam juga menjadi punca berlakunya tanah runtuh."
     Kemudian barulah beliau memberitahu; "Kita berharap, selepas ini mereka (syarikat pembalakkan) yang bekerja di kawasan kita ini (Baleh) agar mengutamakan keselamatan serta menghormati alam. Dan berharap supaya kita tidak mengadakan upacara yang sama pada masa-masa akan datang."
     Itulah nasib orang kita, kebiasaannya rakyat sering menjadi mangsa. Pada masa yang sama tidak ramai yang menyedari atau kerajaan khasnya 'terlepas pandang' berkenaan nasib penduduk rumah panjang di sepanjang Sungai Baleh.
    Hakikatnya, bukan sahaja jeti mereka rosak. Tetapi dalam jangka panjang, penduduk yang menjadikan menangkap ikan di Sungai Baleh sebagai punca pendapatan sudah tidak dapat berbuat demikian lagi.
     Ribuan ikan mati seperti Semah, Empurau dan sebagainya akibat air sungai Baleh yang berlumpur ekoran tanah runtuh terbabit akan mengambil masa yang lama untuk pulih semula seperti sedia kala.
     Atau tidak akan pulih sepenuhnya, selagi tindakan pembalakan tanpa kawalan dan pemantauan daripada pihak yang bertanggungjawab. Apakah yang harus kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah ini?
     Itulah orang kita, seperti 'Apai Sali'. Ia diakui oleh Dr. masing sendiri secara tidak langsung apabila berkata; "Tengoklah berapa baiknya orang kita (Iban di Baleh) mereka sanggup memohon maaf kepada Tuhan (upacara Muja Menoa), gara-gara tindakan atau kesalahan orang lain (syarikat pembalakan)."
    Semua ini harus menjadi renungan kita bersama! Thanks.

  
         
      

Sunday, November 14, 2010

Rumah Panjang rosak teruk dipukul ribut.

          MACAM-macam mala petaka berlaku. Pada tahun 2008, Rumah Panjang Stepan Jana di Nanga Pila, Merit Batang Rajang, Kapit musnah dalam kebakaran.
          Ketika penghuninya, masih terkiar-kiar mencari sumber pendapatan dan mendirikan rumah panjang yang baru. Rumah panjang yang boleh dikatakan sementara pula semalam dilanda ribut kuat.
          Banyak rumah yang bumbungnya diterbangkan oleh angin kencang. Pokok tumbang dan beberapa buah rumah pula musnah akibat dihempap oleh pokok yang tumbang berkenaan.
         Timbalan Tuai Rumah, William Chendang yang membuat laporan di Pejabat Daerah, Kapit memaklumkan kepada Iban Kapit bahawa penghuni rumah panjang terbabit bernasib baik kerana tidak ada sebarang kecederaan atau kemalangan nyawa berlaku.         
        Semoga penghuni rumah panjang terbabit, terus bersabar walaupun masih trauma dengan kejadian kebakaran yang melanda pada tahun 2008 yang lalu.