Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Sunday, November 14, 2010

Rumah Panjang rosak teruk dipukul ribut.

          MACAM-macam mala petaka berlaku. Pada tahun 2008, Rumah Panjang Stepan Jana di Nanga Pila, Merit Batang Rajang, Kapit musnah dalam kebakaran.
          Ketika penghuninya, masih terkiar-kiar mencari sumber pendapatan dan mendirikan rumah panjang yang baru. Rumah panjang yang boleh dikatakan sementara pula semalam dilanda ribut kuat.
          Banyak rumah yang bumbungnya diterbangkan oleh angin kencang. Pokok tumbang dan beberapa buah rumah pula musnah akibat dihempap oleh pokok yang tumbang berkenaan.
         Timbalan Tuai Rumah, William Chendang yang membuat laporan di Pejabat Daerah, Kapit memaklumkan kepada Iban Kapit bahawa penghuni rumah panjang terbabit bernasib baik kerana tidak ada sebarang kecederaan atau kemalangan nyawa berlaku.         
        Semoga penghuni rumah panjang terbabit, terus bersabar walaupun masih trauma dengan kejadian kebakaran yang melanda pada tahun 2008 yang lalu.

1 comment:

  1. Dari manakah punca malapetaka ini???siapakah yang harus dipersalahkan bila bencana seumpama ini terjadi...Harap penghuni di rumah panjang berkenaan bersabar. yang peliknya macam-macam bencana melanda akhir-akhir ini.

    ReplyDelete