Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Friday, November 19, 2010

Orang kita seperti "Apai Sali"?

     
      
      KETIKA 'Muja Menoa' di Ulu Melatai, Baleh Kapit. Terdengar suara-suara pedas segelintir penduduk di Kapit terutamanya golongan yang 'berdarah panas' atau golongan muda.
     Yang mereka persoalkan adalah tindakan muja menoa terbabit seolah-olah seperti kerja 'Apai Sali' dalam cerita lagenda kaum Iban. Menjelaskan pandangan berkenaan, kata mereka, apa tidaknya seperti kerja 'Apai Sali' kejadian tanah runtuh dan Tsunami Balak itu, "Pembalakan tanpa kawalan" tetapi dikaitkan pula dengan Tuhan atau semangat hutan dan air.
     Menteri Pembangunan Tanah, Dato Sri Dr. James Jemut Masing ketika upacara Muja Menoa berkenaan kelihatan mengambil jalan selamat menjawab pertanyaan pemberita.
    Walaupun tidak menafikan ia gara-gara aktiviti pembalakan, tetapi beliau tidak mahu menyebutnya secara terus terang. Sebaliknya, memberitahu "Memang terdapat aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan, tetapi faktor tanah atau bukit yang curam juga menjadi punca berlakunya tanah runtuh."
     Kemudian barulah beliau memberitahu; "Kita berharap, selepas ini mereka (syarikat pembalakkan) yang bekerja di kawasan kita ini (Baleh) agar mengutamakan keselamatan serta menghormati alam. Dan berharap supaya kita tidak mengadakan upacara yang sama pada masa-masa akan datang."
     Itulah nasib orang kita, kebiasaannya rakyat sering menjadi mangsa. Pada masa yang sama tidak ramai yang menyedari atau kerajaan khasnya 'terlepas pandang' berkenaan nasib penduduk rumah panjang di sepanjang Sungai Baleh.
    Hakikatnya, bukan sahaja jeti mereka rosak. Tetapi dalam jangka panjang, penduduk yang menjadikan menangkap ikan di Sungai Baleh sebagai punca pendapatan sudah tidak dapat berbuat demikian lagi.
     Ribuan ikan mati seperti Semah, Empurau dan sebagainya akibat air sungai Baleh yang berlumpur ekoran tanah runtuh terbabit akan mengambil masa yang lama untuk pulih semula seperti sedia kala.
     Atau tidak akan pulih sepenuhnya, selagi tindakan pembalakan tanpa kawalan dan pemantauan daripada pihak yang bertanggungjawab. Apakah yang harus kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah ini?
     Itulah orang kita, seperti 'Apai Sali'. Ia diakui oleh Dr. masing sendiri secara tidak langsung apabila berkata; "Tengoklah berapa baiknya orang kita (Iban di Baleh) mereka sanggup memohon maaf kepada Tuhan (upacara Muja Menoa), gara-gara tindakan atau kesalahan orang lain (syarikat pembalakan)."
    Semua ini harus menjadi renungan kita bersama! Thanks.

  
         
      

No comments:

Post a Comment