KETIKA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Larry Sng Wei Shien tidak mahu mengulas langsung berkenaan kemelut yang melanda beliau ketika ini.
Melihat situasi tersebut, Iban Kapit yang begitu mengenali beliau faham serba sedikit mengapa beliau berbuat demikian. Apa yang pasti adalah lebih baik beliau berdiam diri, dan tidak membuat komen melulu.
Kerana kalau tersilap komen akan mengeruhkan lagi keadaan. Selain itu, komen yang beliau berikan juga mungkin akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak atau rakyat pada keseluruhannya. Atau kadang-kadang pemberita juga tersalah membuat laporan.
Bagi rakyat harus pandai menilai. Kalau dilihat kepada kemampuan serta apa yang telah Larry Sng lakukan selama menjadi ADUN Pelagus, penduduk di Pelagus dan Kapit amnya, mungkin akan kehilangan 'jentera' yang diperlukan untuk melihat Kapit maju dan membangun selari dengan kawasan lain di Negeri ini.
Apapun, 'hanya jauh hari yang mengenal manikam'. Pada masa yang sama, ramai yang tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku dan apakah nasib Larry Sng.
Penduduk di Pelagus, hendaklah sentiasa beringat. Sebagai kawasan luar bandar, pembangunan amatlah ditagih walaupun hanya sekadar bekalan air, elektrik (janakuasa) dan jalan rumah panjang.
Pembangunan seperti itu hanya boleh diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukannya pembangkang atau calon bebas. Itu hakikat, dan kalau tiba pilihan raya kelak. Buatlah pilihan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment