Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Friday, October 29, 2010

Kemana perginya janji?

Komen oleh Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi baru-baru ini agak 'pedas' juga.
Namun adakah ia berkesan? atau silap-silap Datuk Alexander pula yang terkena tempias akibat komen berkenaan.

Itulah hakikatnya, kita di Kapit, begitu banyak projek yang dipohon daripada kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Mungkin yang diluluskan hanya 30 peratus. Itu mungkin?

Tetapi jangan lupa yang diluluskan, kemudian sampai pula pada tahap bila hendak dilaksanakan. Lebih malang terus tidak dibuat walaupun telah diumumkan. Sebahagiannya, entah-entah wang yang diperuntukkan itu digunakan untuk membuat projek pembangunan di kawasan lain.

Berbalik kepada isu jalan seperti yang dijanjikan dan didakwa oleh Datuk Alexander. Ia sememangnya telah diminta dan kerajaan bejanji untuk melaksanakannya, tetapi sampai sekarang 'habuk pun tak ada' (habuk jalan balak sahaja). Jalan berkenaan tidaklah panjang mana, hanya beberapa kilometer bagi membolehkan penduduk di hulu Jeram Pelagus menggunakan jalan darat untuk mengelak dari menggunakan bot atau ekspres melalui jeram berkenaan apabila paras air cetek.

Namun terus tidak juga dibina. Yang menanggung derita adalah penduduk di Kapit. Bila dipersoalkan benda ini, mereka yang bertanggungjawab (pemimpin dan menteri khasnya) menunding jari kepada keadaan cuaca.

Ada antaranya, berkata, keadaan berkenaan atau penduduk di Kapit memang selalu berhadapan dengan masalah berkenaan sebelum itu.

Tapi mereka lupa, mereka cuba hendak menipu penduduk yang sememangnya tinggal di kawasan terbabit.
Hakikatnya, sekarang paras air Batang Rajang begitu cetek. Ramai penduduk mendakwa sebelum ini ia tidak pernah secetek itu. Tepuk dada tanya selera, apakah ia angkara Empangan Hidro Elektrik Bakun.

Harus diingat pula, pada masa sekarang 'sepatutnya' musim hujan. Bukannya kemarau.

Berbalik kepada isu ini lagi, akhirnya rakyat 'menunding jari' kepada wakil rakyat di kawasan terbabit. Begitulah kebiasaannya, bagi kita di Kapit.

Thanks.

Monday, October 25, 2010

Dapat juga akhirnya!

Bagi 35 keluarga yang belum berpindah ke kawasan penempatan semula di Sungai Asap sejak 1989, pembayaran pampasan sejumlah RM1.12 juta. Adakah berita baik atau sebaliknya?
Kenapa mereka ini lama sangat tidak mahu berpindah? Tentu ada alasannya tersendiri, kita mungkin tahu serba sedikit tetapi yang lebih mengetahuinya adalah mereka sendiri.
Thanks.

Sudah Terhantuk baru terngadah!

IBARAT pepatah "Sudah terhantuk baru terngadah". Bila sudah mengorbankan nyawa baru kerajaan mahu bertindak.

Menyedihkan, kejadian Ekspres berlanggar dengan Tongkang di Sungai Anap, Tatau, Bintulu. Tetapi cukup menyedihkan, hanya dengan 'nilai' 13 nyawa yang terkorban itu, barulah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) atau kerajaan amnya, mahu bertindak.

Bertindak meminda Peraturan Sungai-Sungai Sarawak (Trafik) dalam usaha menambah nilai mutu keselamatan dan perkhidmatan pengangkutan air di Sarawak.

Pengerusi SRB Roland Sagah Wee Inn memberitahu, cadangan pindaan peraturan yang di peringkat terakhir itu dijangka siap dan didokumentasikan dalam tempoh masa dua bulan lagi sebelum dilulus dan digazetkan oleh Kabinet Negeri.

Agak menghairankan, memberitahu, pindaan terhadap peraturan berkenaan telah lama hendak dilaksanakan, tetapi kenapa hanya selepas berlaku tragedi, baru ia suarakan.

Di Kapit, akibat kayu balak serta sampah sarap yang hanyut dari ulu sungai Baleh terus ke Batang Rajang. Telah banyak membawa kepada kemusnahan terutamanya jeti bagi penduduk rumah panjang.

Tidak mengorbankan nyawa, tetapi cukup untuk memusnahkan ekologi serta hidupan alam terutamanya di sungai.

Semua itu angkara manusia yang cepat lupa dan leka. Hanya setelah berlaku sesuatu dan akibat 'hukuman alam' barulah timbul kesedaran.

Masyarakat di Kapit, harus sentiasa berwaspada, terutamanya Kapit kawasan yang bergantung penuh kepada jalan pengangkutan sungai.

Ramai pengguna pengangkutan air di Kapit yang terdedah kepada bencana yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Sama ada sedar atau tidak, orang ramai yang kononnya 'biasa dah' tidak langsung mengedahkan soal keselamatan.

Peraturan, seperti penggunaan jaket keselamatan, tidak begitu diedahkan sangat. Malah boleh dikatakan, hanya dua tiga orang sahaja yang mematuhinya daripada beribu yang menggunakan jalan pengangkutan air pada satu-satu masa.

Lihat kepada anak-anak sekolah kita di Kapit, menggunakan perahu ke sekolah awal-awal pagi, ramai yang tidak memakai jeket keselamatan.

Bagi yang memakainya pula, jeket keselamatan berkenaan tidak sesuai. Jaket keselamatan orang dewasa dipakaikan kepada kanak-kanak.

Selain itu, cuba buat pemeriksaan di dalam Ekspres bot. Ada atau tidak mereka menyediakan jaket keselamatan?

Hakikatnya, di Kapit, keselamatan serta kebersihan sungai dan alam sebenarnya telah lama dipandang 'enteng'.

Oleh itu, rakyat harus memainkan peranan. Tampil membuat aduan jika terdapat sesuatu yang kurang memuaskan hati dan tidak betul.

Beringatlah! hari ini mungkin kita hanya melahirkan simpati kerana melihat bencana menimpa orang lain, esok lusa siapa tahu yang terkena. 'Penyesalan' dan kesedihan, kerana ia mungkin akibat daripada gagalnya kita mengambil tindakan awal.

Memperlekehkan soal keselamatan dan menjaga serta memulihara alam sekitar yang akhirnya alam memberontak, mangsanya adalah manusia.

Retire as soon as possible!

Today, Pemanca Voon Kim Fah speaks volumes for the Chinese in Sarawak:

Probably up to 95 % of Chinese in Sarawak concurred thats the only way to gradually bring back Chinese votes to State Barisan Nasional would be for three old 'guards', namely : SUPP Presiden Datuk Patinggi Tan Sri George Chan, Secretary General Sim Kheng Hui and Deputy Secretary General Wong Soon Koh to retire as soon as possibale.

Pemanca Voon  as a SUPP veterans, write this letter to Najib, Muhyiddin dan Ketua Menteri Pehin Sri Taib today.

For Iban? For politicians who extremely selfish. Hold their position for five tearms, should retire. Give way to others. They must not sacrifice BN for their personal glory and interest. Iban says : Ngisi kantung dirik!

Whats your people says (Orang Kapit).

Apa sebenarnya berlaku?

________________________________________
Sebelum ini, semasa Mesyuarat PBB Kapit awal tahun ini. Penulis blog ini pernah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan daripada tindakan penakungan air di Empangan Hidro Elektrik Bakun.

Masa itu, ramai yang tidak menyedarinya. Usul berkenaan dibawa ke mesyuarat Agung PBB, tetapi tak tahu sama ada diambil perhatian atau tidak?

Kalau diperhatikan, tindakan sudah pasti tidak! Jawapannya mudah, kalau tidak, tidak mungkin penduduk yang tinggal di hulu melebihi Jeram Pelagus terpaksa menyabung nyawa menggunakan bot melalui jeram yang telah sedia maklum membunuh begitu ramai nyawa sejak dari zaman nenek moyang mereka yang tinggal di Batang Rajang lagi.

Ramai yang terpaksa menggunakan jalan alternatif, seperti jalan kem pembalakan.

Ia rentetan daripada, berlaku paras air sungai Batang Rajang yang yang dikatakan cetek melampau atau 'kemarau luar biasa' (Ini dipetik dari kata- kata Menteri dalam akhbar tempatan).

Menghairankan, kemarau dijadikan alasan. Sedangkan hakikatnya, masa ini musim hujan. Bukan 'menunding jari' atau menuduh mereka yang mengatakan semua itu sebagai 'menipu atau mengalihkan perhatian rakyat'. Tetapi itu semacam hakikatnya.

Yang tidak diketahui ramai adalah: Menurut sumber yang boleh dipercayai, paras air Sungai Batang Rejang cetek 'melampau' disebabkan pihak pengurusan Empangan Bakun terlalu gelojoh dalam menakung air di empangan berkenaan.

Maksud gelojoh di sini, mereka bertindak terlampau cepat atau dalam erti kata lain, isi air tanpa melepaskan nya bagi mempercepatkan lagi Empangan berkenaan dipenuhi air.

Yang, menjadi mangsa penduduk yang tinggal dihilir jeram berkenaan. Bukan bertujuan seperti pepatah Iban 'Ngajih ke rangkang ngacuk mata', tetapi boleh dibayangkan, sungai Batang Rajang cetek, mereka yang di hilir terkena tempias, apabila empangan berkenaan 'pecah'. Jawapannya, bagi mereka yang menjadi mangsa?. Ada pada pembaca!

Perkara seperti ini memang sering berlaku, ramai kita kurang perihatin. Sehinggalah sesuatu berlaku baru mahu, bertindak tetapi ia sudah menjadi 'bubur'.

Masa itu, hendak menunding jari kepada siapa?

Wednesday, October 13, 2010

Berita manah?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Dato Sri James Jemut Masing mengumumkan bantuan kecemasan segera daripada Kerajaan Pusat. Bantuan sejumlah RM37,000.

Tidak dapat dinafikan ia dialu-alukan. Tetapi yang sedihnya, kesannya penduduk yang menjadi mangsa. Ia juga memberi kesan jangka panjang.

Sehubungan itu, ramai yang menunding jari terhadap syarikat pembalakan di hulu Sungai Baleh. Mereka wajar dikenakan tindakan undang-undang diatas kelalaian itu.

Tetapi jangan lupa ia melibatkan syarikat pembalakan yang telah gah namanya di negeri ini. Syarikat pembalakan yang telah lama bertindak rakus terhadap tanah serta hutan di Bahagian Kapit dan Sarawak amnya.

Persoalan 'berani' atau 'mampu' tak kerajaan atau mereka yang berwajib mengambil tindakan? Siasatan dijalankan, tunggu? tunggu?. Hasilnya, bila?

Semua itu bermain difikiran, sedangkan yang retak sudah pun belah. Rakyat yang menjadi mangsa.

Terima kasih,
Iban Kapit.

Tuesday, October 12, 2010

Pencemaran disebabkan pembalakan!

Kerugian RM2.7 juta
Batang kayu terapung yang dihanyutkan bersama arus deras 
sebabkan dua buah jambatan dan lima jeti rosak

_____________________________________________

KEROSAKKAN alam sekitar disebabkan sampah sarap berupa batang kayu yang terapung di Sungai Rajang merosakkan dua buah jambatan dan lima jeti dengan anggaran kos berjumlah RM2.7 juta.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam siasatan mengenai punca utama kejadian tersebut sedang diusahakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab terhadap kerosakan tersebut.
Katanya, keadaan cuaca yang kurang memuaskan pada ketika ini menyebabkan kerja-kerja pembersihan sedikit terganggu selain memburukkan lagi keadaan di sepanjang Sungai Rajang yang terjejas teruk akibat sampah sarap berupa batang kayu dari aktiviti pembalakan.
"Setakat hari ini pihak Jawatankuasa Bencana Negeri dibantu oleh Residen Kapit, Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak (NREB), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS) serta Jabatan Meteorologi telah melakukan tindakan pantas berhubung perkara tersebut.
"Selain siasatan mengenai tahap kerosakan dan menjalankan kerja-kerja pembersihan, amaran turut diberikan kepada orang ramai agar menghentikan buat sementara waktu perkhidmatan bot dan kapal kargo untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini," katanya.
Mengulas mengenai kerosakan yang berlaku, ia melibatkan dua buah jambatan di sepanjang Baleh manakala lima jeti yang terjejas adalah, Jeti Klinik Entawau, Jeti SK Sempilik, Jeti Rumah Panjang Entawau, Nanga Entawau dan Jeti Rumah Panjang Sempilik.
Sampah sarap batang kayu tersebut mengambil masa kira-kira 13 jam untuk dihanyutkan dari Putai ke Kapit, manakala dari Kapit ke Sibu ia mengambil masa kira-kira 19 jam dan 22 jam lagi untuk dihanyutkan ke dari Sibu ke Kuala Igan.
_____________________________________________________________

Apa sebenarnya yang berlaku?

Kadang kala inilah kesilapan manusia. "Sudah terhantuk, baru terngadah". Selepas perkara seperti ini berlaku barulah sedar. Tetapi biasanya nasi sudah menjadi bubur!
Lebih menyedihkan, masyarakat diluar sana, akan hanya melihat kepada berapa teruk kemusnahan dan pencemaran. Tetapi adakah mereka sedar kesannya dalam jangka panjang.
Harus diketahui umum, bandar Kapit itu sendiri penduduknya bergantung kepada bekalan air yang dirawat tetapi dipam daripada sungai Batang Rajang.
Akibat kejadian pencemaran berkenaan termasuk disebabkan air yang terlampau keruh dan berlumpur. Dimaklumkan banyak ikan serta hidupan di Sungai Baleh yang mati. Ia menjadikan air sungai Batang Rejang tidak sihat untuk diminum walaupun melalui proses rawatan kerana harus diketahui kuman yang halus tidak dapat dibunuh atau dirawat sepenuhnya.
Tetapi, harus diingat telah beberapa tahun penduduk di bandar Kapit bergantung kepada bekalan air terbabit. "Kesian"! Tetapi ramai penduduk di Kapit tidak sedar akan perkara itu.

Jalai Sibu- Kapit

 Kasih kitai Kapit lebih 40 tahun, 'BESABAR'!

Kitai penduduk Kapit (Bahagian Kapit) diasoh bersabar nganti jalai Konawit-Kapit tauka Sibu / Kapit bernilai RM700 juta siap. Ia dipadah ukai gimik politik dan amat deka digaga seperti yang dijanjikan.

Perkara tok diakui sendiri oleh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato' Sri Michael Manyin. Sebedau tok, dan perkara yang sama udah mega dipadah ke Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Haji Apdal.

Tetapi maioh kitai Kapit empai puas ati serta nganggap ia cuma 'gimik politik' dikena narit ati rakyat maya pilihan raya ti deka datai.

Entik difikir ke amat-amat endang patut orang Kapit ngeransik. Pemaioh Bahagian bukai, Kapit ajak ti baka 'Pulau dalam Pulau' empai ulih dihubungkan enggau jalan raya.

Maya betalit ke penemu tok. Sidak ke tuai (pemimpin) lalu ngasoh kitai besabar. Madah ke jalai nya endang sigik digaga tang memerlukan masa laban kos tinggi. (Kurang masuk akal ba sesetengah orang laban nama kebuah jalai Pan Borneo ulih digaga ari Sematan terus ke Sabah).

Kasih kitai Kapit enti bakanya terus bersabar. Meda bakanya, maioh kitai mula 'menunding jari' ngagai pemimpin enggau wakil rakyat.

Tang ingat, anang kelalu meh! Bepada-pada ko sidak Melayu. Laban, bejako endang nyamai, mengkritik pin nyamai. Maya ngereja baru kitai nemu penusah ia.

Baka, wakil rakyat kitai Kapit endang ari suba udah bejako ke hal jalai Sibu-Kapit tetapi puas sidak nyalak bedau ga ulih. Kira berita gembira taja bedau bisi kerja dipejalaika, laban jalai nya udah bisi munyi deka digaga kerajaan.

Cuma arap ke kitai Kapit, enti sema jalai nya udah nyadi nyata. Nyamai kitai bebai ke kereta diri empu pulai ke Kapit. Udah nya terunda-runda enda ingat ke jasa orang ti udah puas bejuang untuk jalai nya.

Jauh deka meri terima kasih, maioh bansa kitai lalu mupok ngiga cara baru dikena bejai bansa diri tauka sidak ke tuai. Amat meh, sidak pemimpin tauka sida ketua perlu deka 'dijelentik' mimit awak ke sedar serta ngereja pengawa. Tang anang kitai rakyat kelalu enda nemu bersyukur serta beterima kasih.

Dipeda blog Iban Kapit tu, secara keseluruhannya,  kitai kapit nemu beterima kasih, nya kebuah Datuk Alexander Nanta Linggi selalu menang tanpa bertanding. Ti ngasoh ia ransing agik ati bejuang untuk kitai di Kapit.

Nama penemu kitak?

Monday, October 11, 2010

Selamat datang ke blog Iban Kapit

Selamat datang ke blog Iban Kapit. Blog ini memaparkan suara penduduk di Kapit. Terutamanya dalam usaha mengejar pembangunan dan kemajuan selari dengan kawasan lain di negeri ini. Lebih-lebih lagi sebagai wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
 Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan orang lain atau 'menjahanamkan' orang lain. Sekian, terima kasih.