IBARAT pepatah "Sudah terhantuk baru terngadah". Bila sudah mengorbankan nyawa baru kerajaan mahu bertindak.
Menyedihkan, kejadian Ekspres berlanggar dengan Tongkang di Sungai Anap, Tatau, Bintulu. Tetapi cukup menyedihkan, hanya dengan 'nilai' 13 nyawa yang terkorban itu, barulah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) atau kerajaan amnya, mahu bertindak.
Bertindak meminda Peraturan Sungai-Sungai Sarawak (Trafik) dalam usaha menambah nilai mutu keselamatan dan perkhidmatan pengangkutan air di Sarawak.
Pengerusi SRB Roland Sagah Wee Inn memberitahu, cadangan pindaan peraturan yang di peringkat terakhir itu dijangka siap dan didokumentasikan dalam tempoh masa dua bulan lagi sebelum dilulus dan digazetkan oleh Kabinet Negeri.
Agak menghairankan, memberitahu, pindaan terhadap peraturan berkenaan telah lama hendak dilaksanakan, tetapi kenapa hanya selepas berlaku tragedi, baru ia suarakan.
Di Kapit, akibat kayu balak serta sampah sarap yang hanyut dari ulu sungai Baleh terus ke Batang Rajang. Telah banyak membawa kepada kemusnahan terutamanya jeti bagi penduduk rumah panjang.
Tidak mengorbankan nyawa, tetapi cukup untuk memusnahkan ekologi serta hidupan alam terutamanya di sungai.
Semua itu angkara manusia yang cepat lupa dan leka. Hanya setelah berlaku sesuatu dan akibat 'hukuman alam' barulah timbul kesedaran.
Masyarakat di Kapit, harus sentiasa berwaspada, terutamanya Kapit kawasan yang bergantung penuh kepada jalan pengangkutan sungai.
Ramai pengguna pengangkutan air di Kapit yang terdedah kepada bencana yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Sama ada sedar atau tidak, orang ramai yang kononnya 'biasa dah' tidak langsung mengedahkan soal keselamatan.
Peraturan, seperti penggunaan jaket keselamatan, tidak begitu diedahkan sangat. Malah boleh dikatakan, hanya dua tiga orang sahaja yang mematuhinya daripada beribu yang menggunakan jalan pengangkutan air pada satu-satu masa.
Lihat kepada anak-anak sekolah kita di Kapit, menggunakan perahu ke sekolah awal-awal pagi, ramai yang tidak memakai jeket keselamatan.
Bagi yang memakainya pula, jeket keselamatan berkenaan tidak sesuai. Jaket keselamatan orang dewasa dipakaikan kepada kanak-kanak.
Selain itu, cuba buat pemeriksaan di dalam Ekspres bot. Ada atau tidak mereka menyediakan jaket keselamatan?
Hakikatnya, di Kapit, keselamatan serta kebersihan sungai dan alam sebenarnya telah lama dipandang 'enteng'.
Oleh itu, rakyat harus memainkan peranan. Tampil membuat aduan jika terdapat sesuatu yang kurang memuaskan hati dan tidak betul.
Beringatlah! hari ini mungkin kita hanya melahirkan simpati kerana melihat bencana menimpa orang lain, esok lusa siapa tahu yang terkena. 'Penyesalan' dan kesedihan, kerana ia mungkin akibat daripada gagalnya kita mengambil tindakan awal.
Memperlekehkan soal keselamatan dan menjaga serta memulihara alam sekitar yang akhirnya alam memberontak, mangsanya adalah manusia.
Blog kena kitai Kapit betalit ke penemu. Tang anang 'ngerusak' ke nama orang bukai tauka di kena 'belaya' & 'beserkang' penemu.
Selamat datang ke blog Iban Kapit
SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.
No comments:
Post a Comment