Selamat datang ke blog Iban Kapit

SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.

Tuesday, October 12, 2010

Pencemaran disebabkan pembalakan!

Kerugian RM2.7 juta
Batang kayu terapung yang dihanyutkan bersama arus deras 
sebabkan dua buah jambatan dan lima jeti rosak

_____________________________________________

KEROSAKKAN alam sekitar disebabkan sampah sarap berupa batang kayu yang terapung di Sungai Rajang merosakkan dua buah jambatan dan lima jeti dengan anggaran kos berjumlah RM2.7 juta.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam siasatan mengenai punca utama kejadian tersebut sedang diusahakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab terhadap kerosakan tersebut.
Katanya, keadaan cuaca yang kurang memuaskan pada ketika ini menyebabkan kerja-kerja pembersihan sedikit terganggu selain memburukkan lagi keadaan di sepanjang Sungai Rajang yang terjejas teruk akibat sampah sarap berupa batang kayu dari aktiviti pembalakan.
"Setakat hari ini pihak Jawatankuasa Bencana Negeri dibantu oleh Residen Kapit, Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak (NREB), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS) serta Jabatan Meteorologi telah melakukan tindakan pantas berhubung perkara tersebut.
"Selain siasatan mengenai tahap kerosakan dan menjalankan kerja-kerja pembersihan, amaran turut diberikan kepada orang ramai agar menghentikan buat sementara waktu perkhidmatan bot dan kapal kargo untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini," katanya.
Mengulas mengenai kerosakan yang berlaku, ia melibatkan dua buah jambatan di sepanjang Baleh manakala lima jeti yang terjejas adalah, Jeti Klinik Entawau, Jeti SK Sempilik, Jeti Rumah Panjang Entawau, Nanga Entawau dan Jeti Rumah Panjang Sempilik.
Sampah sarap batang kayu tersebut mengambil masa kira-kira 13 jam untuk dihanyutkan dari Putai ke Kapit, manakala dari Kapit ke Sibu ia mengambil masa kira-kira 19 jam dan 22 jam lagi untuk dihanyutkan ke dari Sibu ke Kuala Igan.
_____________________________________________________________

Apa sebenarnya yang berlaku?

Kadang kala inilah kesilapan manusia. "Sudah terhantuk, baru terngadah". Selepas perkara seperti ini berlaku barulah sedar. Tetapi biasanya nasi sudah menjadi bubur!
Lebih menyedihkan, masyarakat diluar sana, akan hanya melihat kepada berapa teruk kemusnahan dan pencemaran. Tetapi adakah mereka sedar kesannya dalam jangka panjang.
Harus diketahui umum, bandar Kapit itu sendiri penduduknya bergantung kepada bekalan air yang dirawat tetapi dipam daripada sungai Batang Rajang.
Akibat kejadian pencemaran berkenaan termasuk disebabkan air yang terlampau keruh dan berlumpur. Dimaklumkan banyak ikan serta hidupan di Sungai Baleh yang mati. Ia menjadikan air sungai Batang Rejang tidak sihat untuk diminum walaupun melalui proses rawatan kerana harus diketahui kuman yang halus tidak dapat dibunuh atau dirawat sepenuhnya.
Tetapi, harus diingat telah beberapa tahun penduduk di bandar Kapit bergantung kepada bekalan air terbabit. "Kesian"! Tetapi ramai penduduk di Kapit tidak sedar akan perkara itu.

2 comments:

  1. Faktor cuaca tidak boleh disalahkan kerana ia merupakan kejadian semulajadi kan? Realitinya, adakah kita insan yang bernyawa ini hanya bijak merosakkan khazanah alam yang bernilai ini? Fenomena ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak terkejar-kejar RM RM RM...

    ReplyDelete