________________________________________
Sebelum ini, semasa Mesyuarat PBB Kapit awal tahun ini. Penulis blog ini pernah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan daripada tindakan penakungan air di Empangan Hidro Elektrik Bakun.
Masa itu, ramai yang tidak menyedarinya. Usul berkenaan dibawa ke mesyuarat Agung PBB, tetapi tak tahu sama ada diambil perhatian atau tidak?
Kalau diperhatikan, tindakan sudah pasti tidak! Jawapannya mudah, kalau tidak, tidak mungkin penduduk yang tinggal di hulu melebihi Jeram Pelagus terpaksa menyabung nyawa menggunakan bot melalui jeram yang telah sedia maklum membunuh begitu ramai nyawa sejak dari zaman nenek moyang mereka yang tinggal di Batang Rajang lagi.
Ramai yang terpaksa menggunakan jalan alternatif, seperti jalan kem pembalakan.
Ia rentetan daripada, berlaku paras air sungai Batang Rajang yang yang dikatakan cetek melampau atau 'kemarau luar biasa' (Ini dipetik dari kata- kata Menteri dalam akhbar tempatan).
Menghairankan, kemarau dijadikan alasan. Sedangkan hakikatnya, masa ini musim hujan. Bukan 'menunding jari' atau menuduh mereka yang mengatakan semua itu sebagai 'menipu atau mengalihkan perhatian rakyat'. Tetapi itu semacam hakikatnya.
Yang tidak diketahui ramai adalah: Menurut sumber yang boleh dipercayai, paras air Sungai Batang Rejang cetek 'melampau' disebabkan pihak pengurusan Empangan Bakun terlalu gelojoh dalam menakung air di empangan berkenaan.
Maksud gelojoh di sini, mereka bertindak terlampau cepat atau dalam erti kata lain, isi air tanpa melepaskan nya bagi mempercepatkan lagi Empangan berkenaan dipenuhi air.
Yang, menjadi mangsa penduduk yang tinggal dihilir jeram berkenaan. Bukan bertujuan seperti pepatah Iban 'Ngajih ke rangkang ngacuk mata', tetapi boleh dibayangkan, sungai Batang Rajang cetek, mereka yang di hilir terkena tempias, apabila empangan berkenaan 'pecah'. Jawapannya, bagi mereka yang menjadi mangsa?. Ada pada pembaca!
Perkara seperti ini memang sering berlaku, ramai kita kurang perihatin. Sehinggalah sesuatu berlaku baru mahu, bertindak tetapi ia sudah menjadi 'bubur'.
Masa itu, hendak menunding jari kepada siapa?
Blog kena kitai Kapit betalit ke penemu. Tang anang 'ngerusak' ke nama orang bukai tauka di kena 'belaya' & 'beserkang' penemu.
Selamat datang ke blog Iban Kapit
SELAMAT melayari blog Iban Kapit. Blog ini lebih mengutamakan suara penduduk Kapit.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.
Impian serta harapan untuk mengejar arus pembangunan selari dengan penduduk di kawasan lain di Negeri ini.
Ia juga boleh dijadikan wadah untuk generasi muda masa kini membentangkan 'suara' mereka agar dapat diperdebatkan bersama dan dibawa ke pengetahuan pihak atasan atau mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, diharap ia menjadi wadah terbaik untuk semua dan bukan sebagai lembaran untuk kita memburuk-burukkan, memfitnah atau 'menjahanamkan' orang lain.
setiap pembangunan ada pro dan kontranya
ReplyDeletekesian orang kapit terpaksa menghadapi segala kemungkinan yang tidak pasti ekoran daripada pembinaan empangan bakun
ReplyDeleteorg perintah enggau pemesai menua bukai jaku nyapa kemaya sida kala mansa menua ngilah pala wong kulu. enti kita amat ka meda enggau ngasai penusah mensia ka ngilah pala wong kulu uji meh ngasai ka ia. anang ka jaku ngapa enti kita ngabas menua tu legi semina nijau ngena bilun engkabang aja uji ta merau bakani asai iya. kami ka diau ngilah pala wong nadai seput 'spare' uji ka meh, lapa kita!
ReplyDeleteapa kena dengan 'egenior' yang buat bakun itu. tak pikirkah tentang akibat induk sungai yang ditakung bagaimana pula kesannya kepada pdduk di hilir empangan bakun sekolah kat egenior tu tulah nya kelak dengan kuncu2nya
ReplyDeletebbmia: Amat munyi ko nuan nyak.Asoh sidak Jabu nyemerai di Wong Pelagus....
ReplyDeleteTapi, nya meh. Ila di padah kerajaan pembangunan memerlukan pengorbanan. Kitai rakyat ti merinsa enti enda betul diadu ka.